Ibu bapa merupakan orang yang wajib kita hormati dan
taati.Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam
Quran dan Hadith.
Mengecilkan hati, melawan atau
mengherdik keduanya dianggap sebagai derhaka.
Menderhaka kepada ibubapa adalah satu dosa besar dan
tidak akan mencium bau syurga; meskipun banyak
beribadat kepada Allah. Allah tidak menerima
ibadat orang yang derhaka kepada ibubapa.
Dalam satu hadith, Nabi Muhammad saw bersabda
bahawa:
keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua
ibubapa.
Ini bermakna jika ibubapa suka kepada kita, Allah
turut meredhai kita. Sebaliknya jika mereka marah
dan berkecil hati kepada kita, Allah turut murka
kepada kita.Pernah seorang sahabat mengadu kepad
Rasulullah tentang perangai ibunya yang suka
meminta-minta kepadanya. Baginda marah dan
menempelak sahabat itu dengan mengatakan bahawa
bukan saja dalam harta dalam dirinya sendiri ada
hak kedua ibubapanya.Jelas ibubapa mempunyai
hak terhadap apa saja yang ada
pada kita.
Sejak kita di dalam kandungan, ibu menanggung segala
kesakitan dengan penuh sabar. Begitu juga setelah
dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga kita dengan penuh
kasih sayang. Jika kita sakit, ibu tidak lelap tidur.
Mereka berkorban apa saja untuk kita. Tetapi setelah
kita besar dan boleh berdikari, sanggupkah kita
mengecewakan hatinya.
Oleh kerana besarnya pengorbanan ibubapa terhadap
kita,maka sewajarnyalah Allah mewajibkan kita
mematuhimereka. Ganjaran di atas layanan kita
terhadap ibu bapa dibalas oleh Allah tunai
semasa di dunia lagi.
Jika kita mentaati mereka, anak-anak kita akan taat kepada kita Sebaliknya jika kita menderhaka
kepada mereka, anak-anak kita akan derhaka
kepada kita pula.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan
ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu
syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi telah
menyakiti hati ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke
dalam neraka."
Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu
dan bapa.Hakikat ini perlulah kita insafi. Jika
mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak
akan lahir di dunia ini.
Oleh sebab itu,
kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas
solat.Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan
sebaik-baik mungkin. Tetapi jika sudah meninggal dunia,
selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping
mendoakan kesejahteraannya. Buatlah sebarang kebajikan
seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan
bapa. Mereka akan menerima pahala tersebut. Inilah
sahaja bukti ketaatan yang dapat kita tunjukkan
terhadapnya.
Akhirnya, ingatlah pesanan Nabi saw:
"Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka
yang berbuat baik kepada ibubapa: Buatlah apa saja
bahawasanya Allah Taala telah mengampuni mereka.
Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang
menderhakai ibubapa, buatlah seberapa banyak
ibadat yang disukai, bahawasanya Allah Taala tidak
akan memberikan keampunan sedikitpun
kepadanya."
"Ingatlah anak yang berbuat baik kepada ibubapa
tidak akan masuk neraka. Dan anak yang derhaka
kepada mereka tidak akan masuk syurga."
2 ulasan:
salam zaida..menarik ape yg awk bincangkan tentang taat kpd ibu bapa, kite perlu sedar bhwa bnyk tjwb kite kpd ibu bapa..hargailah ibu bapa anda selagi ia masih hidup, kasihanilah mrk dan gembiralah mrk dgn kejayaan anda..sekiranya ibu bapa telah tiada doakan utk mrk semoga ditempatkan ditempat orang2 y b,iman..amin..
kedua ibubapa merupakan org yg wajib kita taati krn mereka lah insan yg berglr anak hidup di bumi..kita sbg ank haruslah memberi kasih syg utk keduanya..ibu dan ayh tidak memerlukan duit anak2 yg mrk perlukn perhatian dr anak2nya..oleh itu cb luangkan ms utk kita jenguk ibubapa kita slagi mana mrk masih ada..w'salam..
Post a Comment