Pagi itu, Rasullah dengan suara terbatas memberikan khutbah,
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
Rasulullah akan meninggalkan kita semua? Keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan pantas memimpin Rasullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik itu berlalu.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. Bolehkah saya masuk?? tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. Maafkanlah, ayah ku sedang demam?kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian Fatimah kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah Siapakah itu wahai anak ku??
Tak tahulah ayah, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya?tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut.?kata Rasullah. Fatimah pun cuba menahan sebak di dada, menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasullah menanyakan kenapa Jibrail tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilnya Jibrail yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
Jibrail, jelaskan hak ku nanti di hadapan Allah??tanya Rasullah yang amat lemah. pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah sedia menanti ruh mu. Semua pintu syurga telah terbuka lebar menanti kedatangan mu.? kata Jibrail. Tapi itu ternyata tidak membuatkan hati Rasullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
Engkau tidak senang mendengar perkhabaran ini? tanya Jibrail lagi.
Detik-detik semakin hampir, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasullah s.a.w ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasullah bermandi peluh, urat-urat lehernya menegang.
Ya.. Allah, dahsyatnya nian maut ini timpakan saja semua siksa maut ini kepada ku, jangan pada umat ku? rayu Rasullah kepada Allah.
Mushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku (Pelihara solat dan peliharalah orang-orang yang lemah di antara mu).?
Allahumma sholli ala Muhammad wa baarik wa sallim alaihi?/SPAN>

2 ulasan:
salam zaida.
Saya tertarik dengan hadis ketiga yang menyatakan tentang seluruh dunia datang menggerumi kamu. Apa yang dapat menjadi pengajaran di sini, umat Islam seharusnya menghapuskan sifat wahan di dalam diri. Ini kerana, sifat tersebut boleh merosakkan umat Islam itu sendiri.
salam..satu tjuk yg agk menarik,sy tertarik akan persoalan yg diutarakan iaitu knp negara islam mnjadi sasaran bg pemusnah?bg pndpt sy la kita sdia mlkum islam adlh agm yg bgitu smpurna dan islam tidak akan skali2 trhapus dlm dunia ini,oleh itu bg ngara sekuler spt yahudi yg bgitu memusuhi umat islam die rs mereka tercabar krn bukan agama mrk yg berada di ats skali..dgn sbb itulah mrk begitu memusuhi islam dan ingin menghancurkan islam dr muka bumi ini..namun sbb itu bnyk srangan dilkukan trhadap umat islam..
Post a Comment